Orang Melayu
Kepercayaan : Agama Islam : Islam adalah menyerah diri kepada pencipta-Nya dengan mentauhidkan-Nya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, iaitu amar makruf nahi mungkar. Islam adalah agama yang mudah dan ianya tidak membebankan umat yang menganutinya kerana ia memberi kelonggaran kepada umatnya yang mengalami kesulitan dalam menunaikan ibadah. Agama Islam menekankan umatnya untuk berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu rukun Islam dan rukun iman. Rukun Islam merangkumi mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan manakala rukun iman merangkumi enam perkara, iaitu percaya kepada Allah, percaya kepada malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada nabi dan rasul, percaya kepada hari kiamat dan yang terakhir percaya kepada qada' dan qadar
Orang Cina
Kepercayaan : Agama Buddha : Agama kedua terbesar di Malaysia, di mana 19.2% dikalangan warganegara kita terdiri daripada penganutnya. Sebagai satu agama yang tiada otoriti muktamad untuk menetapkan hala tuju agama ini, Buddhisme diamal dalam pelbagai bentuk. Satu inisiatif sedang digerakkan oleh Malaysian Buddhist Council, yang mewakili pelbagai aliran kepercayaan Buddhisme, untuk membangunkan agama Buddha, terutamanya dalam merelevankan lagi pesanan agama tersebut untuk keadaan masakini, termasuklah memupuk solidariti dikalangan masyarakat penganut Buddha secara amnya.
Orang India
Kepercayaan : Agama Hindu : Agama Hindu adalah diantara agama yang tertua didunia . Pengasas Agama ini tidak diketahui. Perkataan Hindu datang daripada perkataan Sindhu , ia itu nama tempat tamadun Kaum Sindhu bermula , penduduknya digelar sindhu dan lama kelaman ia berubah menjadi Hindu. Nama betul bagi agama ini ialah Vedandi yang bermaksud – Orang yang diberi Veda atau Pengikut Veda.
No comments:
Post a Comment